Sabah, 17 Jan 2018 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong hadir ke Majlis Bicara Veteran ATM Negeri Sabah bersama seramai 130 orang veteran ATM daripada pelbagai persatuan dan kelab. Program Bicara ini memberi peluang kepada veteran ATM untuk menyuarakan pandangan dan mengajukan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Pertahanan secara terus.

Turut hadir Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain, Panglima Medan Timur, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan.

LampiranSaiz
img_20190117_161117_957.jpeg7 MB