CAMERON HIGHLANDS, 2 Apr 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah menganjurkan satu Majlis Dialog bersama ahli Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) dan Veteran-veteran ATM sekitar kawasan Cameron Highlands, Pahang.

 

Majlis Dialog berkenaan telah di Dewan Taklimat Pejabat Pertanian Cameron Highlands yang mana telah dihadiri oleh 43 orang ahli KVKM dan Veteran ATM setempat. Majoriti Veteran ATM yang hadir pada majlis tersebut terdiri dari masyarakat orang asli. Sebahagian daripada Veteran ATM yang hadir ke majlis datang dari penempatan di kawasan Gua Musang, Kelantan yang bersempadan dengan Cameron Highlands. Majlis Dialog ini juga turut dihadiri oleh En Sani bin Osman, Presiden KVKM.

 

Majlis dilaksanakan adalah untuk mendengar permasalahan serta keluhan dan mendapatkan maklumat berkenaan perihal kebajikan Veteran ATM di lokasi berkenaan. Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang juga menyampaikan maklumat, memberikan penerangan dan khidmat nasihat kepada Veteran ATM berkenaan akan perkhidmatan dan bantuan yang boleh dipohon oleh mereka dari pihak JHEV ATM.

LampiranSaiz
01.jpg96.26 KB
02.jpg62.2 KB
03.jpg88.26 KB
04.jpg107.1 KB
05.jpg61.58 KB
06.jpg59.97 KB