Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM hadir ke Majlis Dialog JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang bersama Persatuan Veteran ATM Negeri Pahang DI Dewan PVATM Cawangan Paya Besar, Kuantan.

Majlis Dialog tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada PVATM Negeri Pahang, PVATM Cawangan-Cawangan daerah di dalam Negeri Pahang, PBTTBM, PVTLDM, PVTUDM dan juga KEBAL Cawangan Negeri Pahang. Majlis juga dihadiri oleh Presiden PVATM Negeri Pahang iaitu Kapt (B) Abdul Latif bin Mohd Nor.

Majlis bertujuan untuk membolehkan pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang memaklumkan perkembangan terkini dan semasa tentang perkhidmatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada Veteran ATM di negeri Pahang khususnya.

Penerangan berkenaan penggunaan Borang Skim Kebajikan yang baharu juga dilaksanakan bagi membolehkan Persatuan Veteran dapat memberikan panduan dan nasihat kepada veteran setempat dalam mengisi borang tersebut. Contoh Borang Skim Kebajikan yang baharu juga diedarkan kepada wakil-wakil Persatuan Veteran yang hadir sebagai simpanan bagi memudahkan pengedaran borang tersebut kepada veteran setempat.

Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM telah mendengar dan memberi penjelasan kepada soalan, pertanyaan dan aduan yang diajukan kepada pihak JHEV ATM daripada Persatuan-persatuan Veteran yang hadir. Pelbagai pendapat dan cadangan juga telah diutarakan dalam majlis tersebut bagi memperkasa dan menambah baik program kebajikan kepada veteran.

LampiranSaiz
02.jpg124.51 KB
03.jpg119.15 KB
04.jpg93.93 KB
05.jpg113.04 KB
06.jpg124.65 KB