PERAK- Ketua Pengarah JHEVATM, Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menghadiri Majlis Dialog Ketua Pengarah JHEV ATM Dengan Kelab OKU Veteran Perang Perak di JHEV Negeri Perak, Ipoh, Perak.

Turut hadir bersama ialah Brig Jen Dato' Pahlawan Hj Md Sani bin Hj Ahmad, Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM, Lt Kol Hj Yusof Saidi, Pengarah JHEV Negeri Perak, Kapten Salim bin Ibrahim, wakil Pengarah Bahagian Pencen dan ahli-ahli kelab.