4 Feb 2015 – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai TLDM  seramai sembilan orang pegawai yang dinaikan pangkat telah diadakan di KD SRI GOMBAK. Salah seorang pegawai tersebut ialah Pengarah  JHEV ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Komander Jumali bin Jabon TLDM dinaikkan ke Pemangku Kapten.  Majlis telah di sempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar.

Kenaikan pangkat pegawai tersebut adalah sebagai tanda kepercayaan pucuk pimpinan tertinggi TLDM kepada warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan lebih gigih., cemerlang dan berintegriti dalam organisasi TLDM. Di samping itu, majlis pemakaian pangkat ini juga merupakan salah satu pemangkin motivasi The Navy People.