PERAK - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada 200 orang Veteran ATM anjuran Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perak yang disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM pada 30 Disember 2015 bertempat di Dewan Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Turut hadir Lt Kol Yusof Saidi, Pengarah JHEV ATM Negeri Perak, Lt Kdr Hj Jayah Hj Said TLDM (B), YDP PVATM Negeri Perak dan Ketua-Ketua serta Ahli Cawangan PVATM Negeri Perak.