Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Kepada Balu Veteran Askar British Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-6 Persatuan Askar Veteran Askar British Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

19 Jan 2015 – Kdr Jumali bin Jabon TLDM, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah merasmikan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Kepada 13 penerima Balu Veteran Askar British. Semperna Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Askar British ke-6 yang berlangsung di Dewan Seminar Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru, Kuala Lumpur

Majlis tersebut dihadiri Kapt Datuk Halim Yom (bersara) Penaung Persatuan Veteran Askar British, dan Kol Mohd Bustaman Bin Hj Mat Zin wakil Pejabat Menteri Pertahanan. dan juga Penolong Pengarah ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Kapt Mohamadatul Shawalee bin Moin TUDM.