15 Feb 2015 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyematkan Pingat Jasa Malaysia kepada 30 orang Veteran India ATM cawangan Wilayah Persekutuan .sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 4  yang berlangsung di Ballroom Hotel Dynasty, Kuala Lumpur.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, P/Kapten Jumali bin Jabon TLDM dan Penolong Pengarah ATM Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan, Kapt Mohamadatul Shawalee bin Moin TUDM.