Logo JHEV

MELAKA - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Negeri Melaka anjuran JHEV ATM Cawangan Melaka/N.Sembilan telah diadakan pada 16 Disember 2015 bertempat di Dewan Penjara Sg. Udang, Melaka. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM.

Seramai 202 orang Veteran ATM dari 6 buah Persatuan Veteran ATM dari Negeri Melaka telah menerima pingat tersebut.

Turut hadir Komander Artileri Divisyen, 3 Divisyen, Brig Jen Dato' Nordin bin Hj Salleh, Timbalan Pengarah Penjara Sg Udang, Penolong Komisioner Kanan Wan Umar bin Wan Abdullah, YDP PVATM Melaka, Datuk Hj Mohd Fazil Shafie dan YDP Persatuan-persatuan Veteran yang terlibat.