Logo JHEV

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Kompleks Seri Negeri, Melaka pada 14 Mac 2017. Penganugerahan pingat telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Seramai 103 Veteran ATM yang terdiri daripada pelbagai kor seperti RAMD, JLJ, RAD, TLDM, RAJD, RRD dan sebagainya telah dianugerahkan PJM ini. Majlis turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ir Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.