JOHOR BHARU - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 194 orang Veteran ATM daripada Persatuan Veteran ATM (PVATM) Cawangan Johor Bahru yang disempurnakan oleh YBhg. Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM pada 28 Disember 2015 bertempat di Dewan MPC Bandar Baru UDA Johor Bahru, Johor.

Majlis perasmian oleh YBhg Tuan Hj Imran bin Abdul Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir Mejar Abd Aziz Kasmuri, Pengarah JHEV ATM Johor, Tuan Hj Ibrahim bin Yahya, YDP PVATM Johor, Tuan Hj Karim Wagiman, Ketua PVATM Cawangan Johor Bahru serta tetamu jemputan.