Logo JHEV

Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Kedah Yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum di TH Hotel Kepala Batas, Alor Setar pada 9 November 2016. Seramai 650 Veteran ATM yang terdiri daripada pelbagai kor telah menerima PJM. YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam JHEV ATM kepada 10 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak Veteran ATM dan Penyerahan Replika Kunci Rumah bagi Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP-NBOS7).