9 Mac 2018 – Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim telah menyempurnakan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM sekitar negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Auditorium Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pihak JHEV ATM diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Tuan Haji Abd Karim bin Hj Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sembilan & Melaka, Lt Kol Azmizar bin Karim. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan serta Presiden PVATM, YB Senator Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Hj Mohd Nor (Bersara) dan YDP, TYDP serta ahli-ahli PVATM.