Terengganu, 9 November 2018 – Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu, telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.

‪Seramai 176 orang veteran yang terdiri daripada Persatuan Veteran ATM (PVATM), Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) dan Persatuan/Kelab Veteran termasuk 10 orang darinya diwakili oleh balu telah menerima anugerah PJM ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang baru dilantik; YBhg Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ir Dr Haji Sir Ahmad Badaruddin Ismail Shah, Naib Presiden PVATM Pusat merangkap Yang Dipertua PVATM Negeri Terengganu; YBhg Mejar Jeneral Dato’ Hj Mohamad Zaki bin Hj Hamzah (Bersara), Yang Dipertua PVTTB; Mohd Zaki bin Mohd Ali, Yang Dipertua Persatuan/Kelab Veteran 104, Mohd Johari bin Yahya, Yang Dipertua EX-TEN PEKEEM Cawangan Wilayah Timur; Johari bin Yahaya, Rejimen 512 (AW) mewakili Panglima 8 Briged, Lt Kol Roslan bin Mohd Zin serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan Awam Kementerian Pertahanan.