Logo JHEV

 

Seremban, 18 Okt 2014 –YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Sempena Persidangan Perwakilan Tahunan ke 61 Tahun 2014 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) Negeri Sembilan di Dewan NCWO, Jalan Raja Muda Ali,  Seremban, Negeri Sembilan.

Pada majlis tersebut YAB Menteri Besar Negeri Sembilan telah memakaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) kepada 70 orang Veteran ATM serta penyampaian Cek Sumbangan Pelajar Cemerlang kepada anak-anak veteran ATM.

Turut hadir adalah Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj. Mohamad Noor Hj. Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM, wakil Presiden PV-ATM Malaysia, Mejar (B) Sazali Hj. Ismail, YDP PV-ATM Negeri Sembilan, Pegawai Kanan JHEV ATM dan ahli-ahli PV-ATM Negeri Sembilan.