Ulu Tiram, 11 Feb 2018 - YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah menganugerahkan Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Johor bertempat di Savanna Hill Resort, Johor. Sempena majlis tersebut, Panglima Angkatan Tentera telah menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 424 Veteran ATM yang terdiri daripada PVATM Cawangan Ulu Tiram, Pertubuhan Kebajikan Bekas Tentera Tidak Berpencen, Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (PERIM), Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Persatuan Veteran Tidak Berpencen dan termasuk dua puluh satu (21) orang Veteran ATM Kurang Upaya (VKU) serta 18 balu Veteran ATM.