28 Feb 2015 – YAB. Dato Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang telah merasmikan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Kepada 34 orang penerima dari ahli Gabungan Skuad 1/81 Handau.

Majlis tersebut dihadiri oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan YBhg Brig Jen Haji Yazid bin Arshad TUDM dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang Mej Azhar bin Hamdan TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Pengurusi Gabungan Skuad 1/81 Handau Encik Ahmad bin Buyong Mohktar. Majlis berlangsung di Dewan Hotel MS Garden di Kuantan Pahang.