Sungai Petani, 23 Disember 2017 - Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah disempurnakan oleh YB. Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan kepada 256 orang Veteran ATM dan Balu Veteran ATM. Penerima pingat terdiri daripada Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM), Persatuan Veteran ATM Negeri Kedah (PVATM), Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB), Persatuan Veteran 19 RAMD, Persatuan Veteran 3RAMD, Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Darat Laut Udara (DAULAT), Persatuan Kebajikan Veteran 3 Renjer, Persatuan Veteran India ATM (PERIM) dan lain-lain persatuan.