JOHOR BHARU- Panglima 3 Divisyen YBhg. Mej Jen Dato’ Zamrose Mohd Zain telah  menyematkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 orang Veteran ATM sempena Mesyuarat Agung Yang Ke-38 Persatuan ATM Cawangan Johor Bahru yang berlangsung di Dewan Raya Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang dirasmikan oleh ADUN Johor Bahru. Turut hadir di majlis tersebut adalah Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor.