KUALA LUMPUR -  YBhg Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 12, Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur (KEBAL) yang telah diadakan di Guest Hotel & SPA, Lukut, Port Dickson.

Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB. Dato’ Hj Tun Khairuddin bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan Negeri Sembilan. Seramai 30 orang veteran tentera dari KEBAL telah menerima Pingat Jasa Malaysia yang telah disampaikan oleh YBhg Ketua Pengarah JHEV ATM.

Turut hadir bersama Mej Jen Dato’ Mohd Yunus bin Long (Bersara), Presiden KEBAL, Panglima 1 Briged dan Pengarah Kor Armor.