Logo JHEV

 

2 Sept 2014– Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud  telah merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Veteran ATM Kurang Upaya dan Kurang Berkemampuan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 Tahun ‘Malaysia - Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’ yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Hiro. Majlis ini telah diadakan di Kota Permai Golf and Country Club, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Seramai empat (4) orang penerima yang terdiri daripada Veteran ATM yang kurang upaya dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan daripada kelab tersebut yang telah di sampaikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Senarai nama penerima seperti berikut :

 

  1. Abdul Aziz bin Abdul Ghani (T 11999)
    E01-04, PPR Kerinchi Lembah Pantai,
    Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur

  2. Chau Pok Chong (T204906)
    1573, Jalan E ¾ , Taman Ehsan, Kepong

  3. Abdul Jalil bin Ahmad (T701087)
    Lot 42, Jalan Hutan Lipur,
    Bukit Lagong Off Bukit Idaman, Bt Caves

  4. Mohd Yunos bin Abdullah (T715684)
    No. 65, Jalan BB 4/10,
    Taman Banting Baru, Banting

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Ichiro Suzuki, Pengarah Urusan Hiro Food Packaging Sdn Bhd, Encik Krishna Raj Sangar, Penaung Kelab Rekreasi Hiro, Encik Andy Siah, Pengerusi Kelab Rekreasi Hiro, Kdr Jumali Bin Jabon TLDM, Pengarah JHEV ATM Selangor/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.