KUCHING, 29 Nov - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad telah merasmikan penyerahan Kunci Rumah 1Malaysia Veteran Home Repair Programme (1MVHRP) kepada Veteran ATM di bawah National Blue Ocean Strategy 7 (NBOS) yang di biayai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) di Kampung Tebedu Mawang, Serian. Projek ini merupakan penghargaan kerajaan terhadap jasa bekas tentera yang pernah berkhidmat mempertahankan keselamatan negara selain memastikan nasib golongan veteran terbela. Di samping itu, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad juga turut melawat ke tapak baik pulih rumah En Selamat bin Ganai yang bertempat di Kg. Jaya Ria, Kota Samarahan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Panglima Pemerintahan Wilayah Timur, Lt. Jen. Datuk Mohd Zaki bin Haji Mokhtar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mej. Jen Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud, Pengarah Kementerian Pertahanan Cawangan Sarawak, En. Mahathir bin Bujang, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Sarawak, Lt. Kol Monday anak Juhid, pegawai-pegawai Kanan Awam serta Angkatan Tentera.

 

Sumber : Portal Kementerian Pertahanan