Logo JHEV

 

Menyambut Ketibaan Tetamu Kehormat Menteri Muda Kesihatan Awam YB Datuk Dr. Jerip Susil sambil diiringi oleh Ketua Cawangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) Mambong Siburan Sarawak Encik Anon Anak Atek, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Lt Kol Monday Anak Juhid serta ahli-ahli persatuan dari PV-ATM Cawangan Tasik Biru, Bau Sarawak dan juga penduduk kampung yang berhampiran ating bagi memeriahkan Majlis Penyerahan Rumah 1Veteran Puan Diana Ak Rinyom.

 

 

 

Antara tetamu yang dijemput hadir ke Majlis Penyerahan Sijil Siap Rumah 1 Veteran ATM, NBOS7 iaitu dari kiri YB Datuk Dr. Jerip Susil Menteri Muda Kesihatan Awam, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Monday Anak Juhid, Ketua Kaum Kampung Masaan Siburan, Sarawak iaitu Encik Aseh, diikuti Puan Diana Anak Rinyom, penerima rumah NBOS7, Bro. Miso Nangi pembaca doa serta Ketua Cawangan PV-ATM Cawangan Tasik Biru, Bau Sarawak.

 

 

Amanat dari Ketua Cawangan PV-ATM Cawangan Mambong, Siburan Sarawak Encik Anon Anak Atek dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Kementerian Pertahanan kerana telah menunaikan hasrat Balu Veteran ATM Puan Diana Anak Rinyom untuk memiliki rumah sendiri. Sehubungan dengan itu, kerjasama dari penduduk kampung yang telah menyumbangkan tenaga dan kata sokongan yang tidak putus-putus kepada Pn. Diana bagi memiliki rumah sendiri ketika ketiadaan suami yang telahpun meninggal dunia.

En. Anon Anak Atek juga menyarankan agar lebih banyak lagi Rumah NBOS7 akan dibina pada masa yang akan datang khususnya kepada golongan yang tidak bernasib baik serta kurang mampu seperti Pn. Diana untuk memiliki rumah sendiri. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sekali lagi kerana sentiasa peka dan mengambil berat mengenai keperluan balu serta anak Veteran ATM walaupun begitu banyak permohonan dari pihak yang lain yang masih lagi menunggu untuk memiliki rumah sendiri namun kerana beberapa faktor yang dianggap perlu dan mendesak, maka Pn. Diana adalah salah seorang yang begitu bernasib baik kerana telah berjaya memiliki rumah sendiri hasil keperihatinan pihak Jabatan dan Kementerian Pertahanan.

 

 

Kata-kata amanat dari Menteri Muda Kesihatan Awam YB Datuk Dr. Jerip Susil mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang telah mempamerkan kesungguhan untuk membantu dan memberikan kemudahan tempat tinggal kepada Balu Veteran ATM, salah seorang pemohon yang kurang bernasib baik dan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Sehubungan dengan itu, ucapan penghargaan kepada penduduk kampung yang telah berganding bahu dan bekerjasama dari segi kewangan serta bahan-bahan lain kepada Balu dan dianggarkan kos pembinaan Rumah NBOS7 adalah bernilai RM50,000.00 termasuk kos penyambungan bekalan elektrik dan air. YB Datuk juga berharap agar usahasama dari Jabatan, Kementerian, ahli-ahli persatuan PV-ATM, ahli jawatankuasa serta penduduk kampung khasnya akan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menjamin kesejahteraan dan tidak sekali-kali membandingkan pengorbanan mana-mana pihak kerana sudah semestinya kita tahu bahawa kita harus fikir apa yang telah kita sumbangkan pada Negara dan bukan apa yang Negara berikan pada kita. Maka dengan itu, YB Datuk Dr. Jerip Susil merasmikan Penyerahan Rumah 1Veteran kepada penerima Puan Diana Anak Rinyom. (Lihat Gambar 6 & 7)

 

 

 

Tinjauan rumah oleh YB Datuk Dr. Jerip Susil, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak Lt Kol Monday Anak Juhid dan Ketua Cawangan PV-ATM Tasik Biru, Bau Sarawak En. Jossem Daweg serta penerima NBOS7 Pn. Diana Anak Rinyom.