Raub, 11 Sept 2014 – Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia-NBOS7dan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM)kepada Veteran ATM  di Dewan UMNO, Raub, Pahang.

Majlis   yang dianjurkan oleh JHEV ATM,  Kementerian Pertahanan merupakan lawatan turun padang Ketua Pengarah JHEV ATM dengan Veteran ATM bagi mengingati jasa anggota tentera yang telah berjuang bagi keselamatan negara tercinta.

Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Replika Kunci Rumah Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP-NBOS7) kepada tiga orangpenerima. Jabatan telah meluluskan permohonan pembinaan rumah baru untuk keselesaan Veteran ATM dan keluarga mereka. Rumah ini telah dibina atas tapak asal rumah yang menelan belanja RM45,000.00 sebuah. Rumah ini dibina dengan keluasan 720 kaki persegi yang mempunyai 3 bilik tidur dengan 2 bilik air. Senarai tiga penerima ialah Encik Kholib bin Che Nar (1012806), Encik Zainal bin Buyong (9406) dan Encik Mohd Sabri bin Bedollah (1030781).

Pada majlis ini juga turut diadakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 20 Veteran ATM.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Dato’ Abd Aziz bin Hj Mat Kiram, ADUN Batu Talam, Pengarah JHEV ATM Pahang, Mejar Mohamad Rozali bin Abd Rahman TUDM dan Pengarah Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi JHEV ATM, Lt Kol. Ahmad Kamar bin Abd Ghani.