Logo JHEV

 

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud telah menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Waris-waris Anggota Tentera Terkorban di Lahad Datu, Sabah sempena Acara Larian Tahunan  ‘Orange Run’ anjuran Syarikat BHPetrol pada 7 Sept 2014 (Ahad), jam 9.30 pagi bertempat di Plaza E- Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis ini dianjurkan oleh Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd (BHPetrol) yang merupakan sebuah syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang bernaung di bawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). BHPetrol telah memperuntukkan sejumlah wang untuk disumbangkan kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Pada tahun ini pihak pengurusan atasan BHPetrol telah memberi sumbangan sebanyak RM 10 ribu kepada setiap keluarga anggota tentera yang terkorban ketika bertugas di Lahad Datu, Sabah iaitu kepada :

  1. 1163461 Allahyarham Pbt Ahmad Hurairah bin Ismail
    Waris :

    1. Ismail bin Husin>
    2. Rahmah bt Mamat

     

  2. 1168039 Allahyarham Pbt Ahmad Farhan bin Ruslan
    Waris :

    1. Ruslan bin Hassan
    2. Ruslawati bt Ghani

 

YBhg Tan Sri Datuk Sri Lodin Wok Kamaruddin, Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Waris-waris Anggota Tentera Terkorban di Lahad Datu sempena Acara Larian Tahunan  ‘Orange Run’ kali yang ke-9 tersebut.