KUALA LUMPUR - Majlis Perasmian Kelab Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) dan Panglima Gagah Berani (P.G.B) Veteran Angkatan Tentera Malaysia telah dirasmikan oleh YBhg. Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM pada 17 Disember 2015 di Wisma Transit, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

Turut hadir Lt Jen Dato' Seri Zaini bin Hj Mohd Said (Bersara), Mej Jen Dato' Abdul Kadir bin Nordin (Bersara), Mejar Mohd H. Piah bin Ali (Bersara) dan Ahli-ahli Kelab.