KOTA SAMARAHAN, 29 Nov 2014- Mejar Jeneral Dato' Wira Haji Mohd Noor bin Haji Daud,Ketua Pengarah JHEV telah menghadiri perasmian Mini Karnival 1MinDef  oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad. Acara perasmian itu telah diadakan di The Summer Mall, Kota Samarahan yang juga turut di hadiri oleh Panglima Pemerintahan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki bin Haji Mokhtar, Panglima Briged Ke-3 Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Md Yusuf bin Aziz,  Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Awangku (Kol) Jamuddin Pengiran Kon serta pegawai-pegawai Kanan Awam serta Tentera.

 

Karnival yang berlangsung dari 28  sehingga 30 November  ini bertujuan memberi pendedahan dan maklumat mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia serta memberi peluang kepada orang ramai melihat pelbagai jenis senjata yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia di samping beberapa pemeran oleh agensi-agensi yang di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia. Dalam majlis tersebut Dato’ Sri Dr. Ismail bin Haji Ahmad turut menyaksikan penyampaian Sumbangan kepada Tabung Kebajikan 3 Briged, Tabung Kebajikan Rejimen 1 Div serta Penyerahan Sumbangan Bantuan Bencana Alam kepada En. Zawawi bin Deraman daripada Yayasan Veteran ATM.

Terdapat juga beberapa agensi-agensi lain yang terlibat dalam pameran antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak (AADK), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak, Tabung Darah Hospital Umum Sarawak, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak serta Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan.

 

Sumber :MINDEF