KUALA LUMPUR - Majlis Perasmian Pejabat Pendaftaran Persatuan Veteran, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah JHEV ATM pada 16 Disember 2015.

Pejabat Pendaftaran Persatuan Veteran ini terletak di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Tingkat 2, 301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abd Rahman, Kuala Lumpur.

Pejabat baharu ini berfungsi sebagai menguruskan pendaftaran dan pengawasan Persatuan Veteran ATM seluruh negara. Disamping itu, ianya juga menguruskan hal ehwal pendaftaran Veteran ATM.

Waktu urusan pejabat: Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.30 pagi - 1.00 petang dan 2.00 petang - 5.00 petang.