LABUAN - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud meletakkan jambangan bunga Majlis Peringatan Tamat Perang (Remembrance Day) di World War II Memorial, Jalan Tanjung Baru, WP Labuan pada 8 Nov 2015. Acara ini dimasukkan dalam Kalendar Acara Pelancongan Tahunan Labuan bertujuan mengenang perjuangan perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua dikalangan Negara-Negara Komanwel. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi dari Negara-Negara Komanwel dan Diplomat Asing.