Kuala Lumpur, 11 Dis 2018 - Majlis Perjumpaan Bulanan Ketua Pengarah JHEV ATM yang baharu iaitu Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad Bersama Warga JHEV ATM telah diadakan di Menara TH Perdana. Perjumpaan bulanan ini merupakan pertama kali diadakan bersama Ketua Pengarah JHEV ATM yang baru. Turut diadakan upacara penyampaian cenderahati KAJEV dan KSSKA kepada pegawai yang bertukar keluar, bersara, sumbangan masuk hospital, sumbangan bersalin dan sumbangan khairat kematian.