Menteri Pertahanan, YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Syawal, Kempen Derma Darah ‘Demimu Gaza’ dan Pameran Gaza,  Kementerian Pertahanan di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2014.

Pada majlis tersebut, YB. Menteri Pertahanan telah menyampaikan bantuan peralatan pesakit berupa kerusi roda daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)  kepada Veteran ATM iaitu Kpl Mohamd Hamden bin Yahaya, Prebet Abu bin Ibrahim, Sarjan Idris bin Hassan dan Prebet Ahmad Fadzir bin Shamsudin.

YB. Menteri Pertahanan juga telah menyampaikan replika kunci Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHRP) kepada Veteran ATM terdiri daripada Kpl Mohd Arif bin Ismail, Kpl Mohd Salim bin Ahmad, Encik Johanedey Mansor mewakili Veteran Mansor bin Mohamed dan Prebet Johari bin Mat Yaman.