KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah  menyaksikan  Majlis Serah Terima Tugas Pengarah  Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan yang baharu  di JHEV Cawangan Selangor dan W.Persekutuan, Tingkat 1, 301 Medan Tuanku, Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Majlis ini merupakan upacara serah dan terima tugas secara rasmi oleh Mantan  Pengarah JHEV ATM Cawangan Selangor dan W.Persekutuan ,  Kept Jumali bin Jabon TLDM,  kepada Pengarah JHEV ATM Selangor dan W.Persekutuan  yang baharu,   Kdr Soo Lin Chai TLDM.

Kdr Soo Lin Chai ,  sebelum mengambil alih tugas ini, bertugas sebagai Pegawai Staf 1, Dasar Latihan Pusat Latihan , Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, Cawangan Dasar dan Perancangan, Markas Tentera Laut – Sumber Manusia (MTL-SM) di Kementerian Pertahanan. Manakala itu,  Kept Jumali bin Jabon TLDM akan bertukar ke Cawangan Dasar dan Perancangan Markas Tentera Laut – Sumber Manusia sebagai Pengarah Bahagian.

Majlis pada hari ini disaksikan oleh  Ketua Pengarah JHEV ATM,  Timbalan Ketua Pengarah JHEV serta Pengarah-pengarah Bahagian JHEV ATM.