KUALA LUMPUR, 8 Dis - Kementerian Pertahanan hari ini menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia iaitu daripada Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Ahmad kepada Y. Bhg. Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Turut menyaksikan Majlis tersebut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin serta pegawai-pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan.