Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir dan VKU oleh PVATM Pahang disempurnakan oleh Presiden PVATM Malaysia dan diadakan di Dewan OUM Temerloh pada 17 Februari 2017. Lawatan ke rumah veteran VKU juga diadakan dan Penyampaian Waran Pencen oleh Pengarah JHEV Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham kepada Veteran ATM yang terlantar iaitu En. Azizi bin Hamzah. Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban yang ditanggung.