Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 37 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Kemaman pada 1 April 2017 di Resort World kijal.
Turut hadir YBhg. Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah, Ketua Pengarah JHEV ATM, YDP PVATM Terengganu, exco dan ahli PVATM cawangan kemaman. Seramai 200 orang veteran telah hadir ke program ini.