Bentong, 3 Mac 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan turut hadir ke Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Bentong kali ke 46 di Dewan Desa Damai, Pahang.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Mejar (B) Haji Ramli bin Saad sebagai Pengerusi Tetap PVATM Cawangan Bentong dan diteruskan oleh Haji Abd Manaf bin Mohamed selaku Ketua Cawangan PVATM Cawangan Bentong. Mesyuarat turut dihadiri oleh YDP PVATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt (B) Abdul Latif bin Mohd Noor.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang turut telah membuka Kaunter Bergerak di dewan tempat mesyuarat berlangsung bagi memberi penerangan berkenaan perkembangan semasa tentang Skim Bantuan Kebajikan yang disediakan oleh pihak JHEV ATM serta pengagihan borang-borang yang berkenaan. Borang permohonan Kad Veteran juga diedarkan bagi membolehkan veteran menukar Kad Bekas Tentera (KBT) kepada Kad Veteran (KV) yang baharu.

Majlis Penutupan Mesyuarat Agong PVATM Cawangan Bentong ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Yang Berhormat Wong Tack diiringi oleh ADUN Ketari, Yang Berhormat Young Syefura binti Othman. Di dalam majlis ini juga turt diselitkan dengan acara penyerahan Bantuan Peralatan Pesakit oleh JHEV ATM kepada wakil PVATM berkenaan:

a. PVATM Cawangan Lipis - Kerusi Roda.

b. PVATM Cawangan Raub - Kerusi Roda dan Ripple Mattress.

Ahli Parlimen Bentong, Yang Berhormat Wong Tack turut berbesar hati menyerahkan sumbangan berjumlah RM 200.00 kepada 11 orang Veteran Kurang Upaya (VKU) yang bernaung di bawah PVATM Cawangan Bentong.

LampiranSaiz
01.jpg133.84 KB
02.jpg134.48 KB
03.jpg119.91 KB
04.jpg148.06 KB
05.jpg103.95 KB
06.jpg133.45 KB
07.jpg141.09 KB