PENGKALAN CHEPA – Kementerian Pertahanan telah melancarkan Program Gelombang Sukarelawan 1MINDEF sempena berlakunya Banjir Luar Biasa yang berlaku di Kelantan pada penghujung bulan Disember 2014 yang lepas. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pada 4 Jan 2015 bertempat di Markas 8 Briged, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan.

Program tersebut dilancarkan bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa banjir serta agensi-agensi lain yang terlibat  dengan bencana tersebut. Program tersebut meliputi program Jiwa Murni yang mana membantu mangsa banjir membersih rumah kediaman mereka serta bangunan –banguna sekolah di sekitar Kelantan yang terjejas teruk.  Program tersebut meliputi agensi-agensi di bawah Kementerian Pertahanan seperti PV ATM, anggota tentera, Pelatih Khidmat Negara serta kakitangan-kakitangan MINDEF.