Dimaklumkan pembayaran Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 telah mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 5 Disember 2017. Bagi permohonan yang berjaya akan dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui notifikasi khidmat pesanan ringkas (SMS). Penerima yang lulus boleh mula menyemak akaun bank mulai jam 11.00 pagi pada 5 Disember 2017. Proses pembayaran  ke akaun bank penerima akan diteruskan dan dijangka selesai pada minggu ini.  

Manakala terdapat juga permohonan yang memerlukan semakan semula dokumen pemberhentian dan sekiranya telah lulus akan dibayar pada 26 Disember 2017 sehingga batch terakhir pembayaran iaitu  pada 22 Januari 2018.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline Bantuan Bakti Negara (BBN) ditalian 03-2697 6600.