Kg. Gajah, 5 Januari 2014 – Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Mejar Jeneral Dato' Mohd Noor Daud telah menyampaikan Anugerah Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran tentera di Dewan Banquet, UiTM Sg. Galah, Kg. Gajah, Perak.

Majlis yang dianjurkan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kg. Gajah menggabungkan lima cawangan PBTM iaitu PBTM Cawangan Kampung Gajah, PBTM Cawangan Seberang Perak, PBTM Cawangan Sungai Manik, PBTM Cawangan Changkat Jong/Teluk Intan dan PBTM Cawangan Hutan Melintang, Perak

Seramai 110 orang Veteran tentera yang telah berkhidmat semasa ancaman komunis telah menerima pingat tersebut.