Pekan, 6 Mac 2019 – Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM dan staf melakukan kunjungan ke atas veteran ATM yang melaksanakan kerja amal iaitu Kapt (B) Aiyatudin bin Daud yang menguruskan Sekolah Maahad Tahfiz di sekitar Pekan, Pahang.

Antara lokasi yang dikunjungi dan dilawati oleh Pengarah dan staf JHEV ATM Negeri Pahang adalah:

a. Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Kg Permatang Pasir, 26600 Pekan, Pahang.

b. Maahad Tahfiz Al-Furqan Lilbanat (MATAF Lilbanat), LBP 176, Kg Parit, 26600 Pekan, Pahang.

Kedua-dua institusi pengajian Islam ini bermula daripada harta yang diwakafkan dan telah diamanahkan kepada beliau untuk diurus dan diusahakan dengan bantuan dan pertolongan dari Organisasi Bukan Kerajaan dan Badan Kerajaan setempat.

LampiranSaiz
02.jpg123.84 KB
04.jpg83.32 KB
05.jpg127.93 KB
06.jpg101.86 KB