Logo JHEV
 
Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM melawat Veteran ATM, Encik Azhar bin Abdullah Sani yang ditimpa musibah rumah terbakar di No 354 Blok 9, Felda Jengka 11, Bandar Jengka, Pahang.
Beliau telah kehilangan semua dokumen, pakaian, rumah dan kenderaan serta lain-lain barangan. Kini beliau sekeluarga serta kedua-dua ibubapa hidup menumpang di 'Homestay Metro' kepunyaan jiran tanpa membayar apa-apa sewa kecuali membayar bil-bil Api dan Air sehingga kediaman beliau dipulihkan.
Turut serta melawat, Encik Mohd Zahid Laton, Setiausaha PVATM Wilayah Jengka. Pihak JHEV ATM akan memberikan bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.
 
#kementerianpertahanan
#jhevatm
#demiperwiraku
#nadinegaraku