Sarawak, 19 Nov 18 Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap veteran PW1 Meseken anak Gindal Ex RRD bersama Mej Jen Dato Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen.

Siasatan awal telah dibuat bersama Pegawai Perubatan 1 Divisyen dan mendapati veteran telah mengidap penyakit Brown Squard Syndrom (Masalah tulang belakang). Lanjutan daripada siasatan tersebut, doktor telah mengesyorkan agar bantuan peralatan pesakit seperti berikut:

- Commod Chair

- Wheal Chair

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah membantu veteran untuk mendapatkan peralatan pesakit yang telah disyorkan bagi meringankan beban yang ditanggung. Masalah yang dihadapi oleh veteran juga telah mendapat perhatian daripada Mej Jen Dato Toh Choon Siang, Panglima 1 Divisyen dan beliau turut hadir ke rumah veteran untuk bersama-sama dalam menyerahkan peralatan pesakit.

LampiranSaiz
1.jpg62.55 KB
2.jpg78.47 KB