KUANTAN, 20 MAC 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri bin Ridzuan membuat lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit kepada Veteran ATM 1151727 Ahmed Ikhraam bin Napiah di kediamannya di Lot 1474-C, Kg Pahang, Jalan Sungai Soi, 25150 Kuantan, Pahang. Beliau yang mengalami penyakit degenerative cerebellar yang membuatkan tidak lagi mampu untuk bergerak dengan normal dan beliau telah diklasifikasikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Fizikal - Kronik. Cawangan ini telah membantu beliau untuk mendapatkan peralatan seperti kerusi roda dan commode chair melalui Skim Bantuan Peralatan Pesakit JHEV ATM bagi memberikan keselesaan kepada beliau.

Bagi meringankan beban isteri veteran yang kini terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai dan menyara veteran dan seorang anak yang berusia 5 tahun, JHEV ATM cawangan negeri Pahang juga telah menyokong permohonan veteran bagi Skim Bantuan Sara Hidup.

LampiranSaiz
01.jpg161.29 KB