Perak, 24 Julai 2018 -  Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Lt Mohd Nursalam bin Abidin TLDM melakukan lawatan kebajikan terhadap 1082677 Sjn (B) Encik Khidzir bin Md Yusoff yang telah dimasukkan ke wad 7A, katil 24, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 4 Julai.

Beliau kini menghidapi penyakit paru-paru bernanah, buah pinggang dan sesak nafas namun keadaan semasa adalah stabil dan masih menunggu keputusan doktor.

Pihak JHEV ATM telah memberikan penerangan mengenai skim bantuan yang layak dipohon oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung.

 

LampiranSaiz
1.jpg88.64 KB