Sarawak, 8 Mac 2019 - Lawatan Siasatan Kebajikan Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim ke atas veteran Abdul Malek bin Abdullah.

Veteran berpencen, berstatus OKU dan mengidap penyakit stroke serta tinggal bersama anak lelaki yang berumur 19 tahun dan seorang anak perempuan juga berstatus OKU. Anak lelaki beliau merupakan atlet silat Negeri Sarawak dan akan melapor diri sebagai Anggota PDRM pada minggu hadapan.

Beliau memohon agar pihak JHEV dapat membantu dalam menguruskan kemasukan beliau ke rumah kebajikan OKU kerana setelah anak lelaki beliau melapor untuk menjalani latihan polis. Untuk makluman juga tiada siapa yang akan menguruskan mereka sekeluarga. Isteri beliau telah meninggal dunia akibat kemalangan dan ekoran daripada kemalangan tersebut anak perempuan beliau telah mengalami kecacatan kekal.

Pihak JHEV ATM akan membantu dalam memberikan bantuan yang selayaknya diterima oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung sekeluarga.

LampiranSaiz
01.jpg222.87 KB