SEBERANG PRAI 11 April 2010 - Ketua Pengarah JHEV telah menyempurnakan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Skim Bantuan Kebajikan JHEV ATM Majlis Penyampaian PJM dan Cek Bantuan Kebajikan JHEV ATM kepada Veteran Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas,

 

 

Pada majlis tersebut, seramai 31 orang Veteran ATM menerima PJM sebagai menghargai jasa serta pengorbanan mereka yang terlibat dalam operasi menentang Parti Komunis Malay (PKM) dari tahun 1 Januari 1969 hingga 1989 dan dari tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 pula menentang Parti Kalimantan Utara (PKKU).

 

 

Pada majlis yang sama juga, seramai 18 orang Veteran ATM menerima Cek Skim Bantuan Kebajikan JHEV ATM.

Selepas majlis penyampaian tersebut, Bahagian Kebajikan JHEV ATM telah mengadakan Sesi Taklimat mengnai Skim Bantuan Kebajikan yang terdapat di JHEV ATM kepada Ketua-Ketua Bahagian/ Cawangan PBTM dam Veteran ATM Negeri Pulau Pinang. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan mengenai JHEV ATM kepada Veteran ATM.

 

 

Ketua Pengarah JHEV mengatakan mengenai Chief Petty Officer Oliver Chutbert Samuel yang menurunkan Bendera Union Jack pada malam 30 Ogos 1957 di Kuala Lumpur kepada tetamu yang hadir.

Penyampaian Cek Bayaran Elaun Kenangan Pingat Keberanian British, Military Medal (MM) kepada Bekas Sarjan Harun bin Rejab

 

 

Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyampaikan Cek Bayaran Elaun Kenangan Pingat Keberanian British, Military Medal (MM) kepada Bekas Sarjan Harun bin Rejab di rumah Veteran ATM tersebut di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang. Bayaran ini adalah sumbangan Kerajaan kepada Pahlawan-Pahlawan Negara yang telah dianugerahkan Pingat Keberanian oleh Kerajaan British. Bayaran Elaun Kenangan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 31 Julai 2009 semasa sambutan Hari Pahlawan 2009.