Merlimau, 29 Nov 18 - Penyerahan Kerusi Roda melalui Skim Kebajikan Bantuan Peralatan Pesakit yang diwakili oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Lt Mohamad Firdaus Bin Maslan kepada Encik Muhammad Nur Faizuddin bin Nazaruddin, anak kepada veteran ATM Pbt Nazaruddin bin Buang yang menghidap penyakit hidrosefalus (lebihan cecair dalam otak) yang mengakibatkan kegagalan fungsi anggota badan dan kebolehan untuk berjalan. Semoga dengan bantuan kerusi roda dapat sedikit sebanyak meringankan beban veteran sekeluarga.

LampiranSaiz
1.jpg106.76 KB