Kuantan, 20 Jun 2019 - Lawatan Kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Aliff Nadzri Bin Idzuan terhadap beberapa orang veteran dan isteri kepada veteran seperti berikut;

1. Veteran (810423) Che Rosid bin Ismail yang berada di Katil 17, Wad 8C, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Veteran mengalami masalah kesihatan dan mempunyai sakit kencing manis yang kronik. Kaki kiri beliau telah dipotong pada tahun 2018 pada paras lutut dan sekarang ini beliau mengalami komplikasi jangkitan pada kaki kanan yang berisiko untuk dipotong.

Beliau tidak lagi mampu bekerja dan hanya berharap kepada isteri yang bekerja sebagai tukang masak dengan pendapatan RM 700 sebulan. Beliau masih menanggung seorang anak yang berumur 13 tahun dan masih bersekolah. Lawatan turut disertai oleh PW 1 JTP Muhammad Khan bin Mohd Newaz, Pegawai Waran Markas dari Markas Pemerintahan Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.

Penyerahan Peralatan Pesakit

1. Penyerahan kerusi roda kepada Puan Ramelah binti Busu, Isteri kepada Allahyarham Veteran (503039) Abdul Hamid bin Mat Isa yang menetap di No 367, Felda Lepar Hilir 3, 26300 Gambang, Pahang.

Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup

  1. Puan Jasmani binti Mat Seh, isteri kepada Allahyarham Veteran (1016304) Mohamed Zahabar bin Sulaiman di alamat Kampung Jengka Batu 13, Jalan Maran - Temerloh, 28100 Maran, Pahang.
  1. Veteran (148952) Saari bin Mat Salleh di alamat MR 67A, Kampung Jengka Batu 13, Jalan Maran - Temerloh, 28100 Maran, Pahang.
LampiranSaiz
01.jpg118.13 KB
05.jpg130.75 KB
06.jpg102.56 KB