Sarawak, 15 Nov 2018 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal bin Hassim melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit terhadap isteri veteran ATM, Encik Mohd Nadzir bin Abd Rahman.

Isteri beliau mengalami masalah stroke hingga mengakibatkan pergerakan isterinya terbatas serta hanya mampu terbaring dan tidak mampu untuk berjalan. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah berusaha membantu dengan memberikan peralatan pesakit berupa kerusi roda bagi memudahkan pergerakan isteri beliau.

Semoga dengan pemberian peralatan pesakit ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh veteran sekeluarga.

LampiranSaiz
1.jpg60.59 KB
2.jpg59.69 KB