Sarawak, 30 Nov 18 – Lawatan Kebajikan dan Penyerahan Peralatan Pesakit oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Kapt Farizal Bin Hassim kepada veteran ATM Encik Resa Ak Tandang (Ex Sarawak Rangers).

Siasatan awal telah dilakukan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak bersama Pegawai Perubatan 1 Div dan mendapati beliau mengidap penyakit stroke dan uzur sakit tua serta pergerakan semasa veteran agak terbatas.

Lanjutan dari siasatan ini, doktor telah mengesyorkan agar bantuan peralatan pesakit seperti berikut:

- Riple Matress Buble.

- Commord Chair

- Hospital Bed

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah membantu veteran untuk menerima peralatan tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung.

LampiranSaiz
2.jpg47.67 KB
3.jpg42.59 KB
5.jpg40.17 KB
7.jpg47.39 KB